Luqma Hakim jatuh kerusi masa makan di Ctr Point

Alkisahnya si Luqman tiba-tiba terjatuh dari kerusi lalu menimpa atas keningnya masa kami sedang makan nasi ayam di Centre Point KK. Kami baru jer sampai KK dari Ranau. Apa lagi semua orang kalut dan terus berkejar ke Queen Elizabeth Hospital, masa tu dah nak masuk maghrib dah. Terpaksalah jamak taakhir. Nasib baik tak perlu dijahit, cuma digam sahaja. Keesokan paginya bandage di matanya dah tercabut dgn sendirinya. Hari niedah tak payah pakai bandage lagi, bengkak di kening semakin surut dah, alhamdulillah.