Ayam Goreng Nasi Kukus

Resepi nie aku dah cuba Dan memang syiok habih...tapi aku tak pakai langsung bag besar
AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan A;
1. Bawang putih 10 ulas
2. Bawang merah ros 10 ulas
3. Halia saiz ibu jari tangan ( panjang 3 inci )
4. Serai 3 batang
5. Kunyit hidup saiz ibu jari tangan ( panjang 1 inci )
6. Bawang besar holland setengah drpd saiz yg paling besar.

Bahan B; Bahan C:
1. Jintan manis 1 sudu tea 1. Tepung jagung 2 sudu sup
2. Jintan putih 1 sudu tea 2. Telur 4 biji
3. Ketumbar 1 sudu tea gaulkan kedua2 bahan ni.
Tumbuk halus.

Bahan D;
1. Cili kering 25 biji gunting buang biji, rebus dan kisar separa halus.

Bahan E;
Daun kari 15 helai, tumbuk sikit2 jer.

Jom buat;
1. Kisar bahan A dahulu separa halus. Masukkan dalam bekas besar
2. Campurkan bersama bahan B C D E.
3. Ayam Dara ( saiz ayam muda 0.8kg-1.2kg) dibersihkan dan potong 4.
4. Gaulkan ayam tersebut dan perap selama 6-8 jam.
5. Panaskan minyak, masukkan ayam, sederhanakan api..
6. Masa menggoreng sekitar 20 minit, kalau boleh tutup kuali semasa
menggoreng. Jangan lupa balik2an ayam tu.

Comments

Popular posts from this blog

TESTING 123 PdPR Sains Tingkatan 3ST Tajuk 3.2 Sistem Peredaran Darah (Bahagian 1)