Posts

Showing posts from 2014

Resepi kek pandan kukus

Image
Kek pandan ni pakcik buat pakai blender jer..sama basic macam buat kek pisang dan kek orange.Semua kek tidak menggunakan sebarang pewarna Bahan: Daun pandan 8 helai (kisar ambil airnya) Telur ayam 4 biji Minyak masak 1 cawan Gula 2 1/3 cawan Santan 1 kotak (200 ml) Semua bahan diatas diblend Tepung naik sendiri 3 cawan 1 sudu kecil bikarbonat 1 sudu kecil serbuk penaik ( siap-siap dikacau dalam mangkuk) Masukkan semua bahan diblend ke dalam mangkuk berisi tepung tadi dan dikacau sampai rata. Pastikan air kukusan dah mendidih sebelum meletakkan loyang ke dalam periuk. Panaskan selama 30 minit. Memandangkan sekarang musim cempedak, pakcik akan cuba buat kek cempedak pulak nanti. Semoga anak-anak pakcik suka, terutamanya Si Zeti Akhtar yang excited membuat kek. Kalau pakai oven: Oven setting: 175 oC, 55 minit

Kuah Kerutub Nasi Kukus

Yang nie aku belum Cuba lagi... Kuah Kerutup Bahan-bahan; 1. Bawang putih 10 ulas ** 2. Bawang merah 10 ulas dikisar 3. Halia 2 inci halus 4. Lengkuas 2 inci 5. Buah pelaga 10 biji ditumbuk 6. Kulit kayu manis 3 inci 7. Cili kering 15, buang biji rebus, kisar 8. Rempah kerutup 200gram kat pasaraya ada jual. 9. Kerisik 100 gram 10. Separuh kelapa, blend dgn 1tr air, perah. 11. Minyak utk menumis 12. Garam, gula secukup rasa. 13. Daun pandan 2 helai, simpulkan. Jom masak 1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis dan daun pandan sehingga wangi dan naik bau. 2. Masukkan bahan kisar dan buah pelaga tumis hingga pecah minyak dan garing. 3. Masukkan cili kering, tumis hingga cili masak. 4. Masukkan rempah kerutup, tumis hingga masak. 5. Masukkan kerisik tumis sekejap dan masukkan santan, kacau perlahan-lahan hingga mendidih. 6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sam...

Ayam Goreng Nasi Kukus

Resepi nie aku dah cuba Dan memang syiok habih...tapi aku tak pakai langsung bag besar AYAM GORENG BEREMPAH Bahan A; 1. Bawang putih 10 ulas 2. Bawang merah ros 10 ulas 3. Halia saiz ibu jari tangan ( panjang 3 inci ) 4. Serai 3 batang 5. Kunyit hidup saiz ibu jari tangan ( panjang 1 inci ) 6. Bawang besar holland setengah drpd saiz yg paling besar. Bahan B; Bahan C: 1. Jintan manis 1 sudu tea 1. Tepung jagung 2 sudu sup 2. Jintan putih 1 sudu tea 2. Telur 4 biji 3. Ketumbar 1 sudu tea gaulkan kedua2 bahan ni. Tumbuk halus. Bahan D; 1. Cili kering 25 biji gunting buang biji, rebus dan kisar separa halus. Bahan E; Daun kari 15 helai, tumbuk sikit2 jer. Jom buat; 1. Kisar bahan A dahulu separa halus. Masukkan dalam bekas besar 2. Campurkan bersama bahan B C D E. 3. Ayam Dara ( saiz ayam muda 0.8kg-1.2kg) dibersihkan dan potong 4. 4. Gaulkan ayam tersebut dan perap selama 6-8 jam. 5. Panaskan minyak, masukkan ayam, sederhanakan api.. 6. Masa menggoreng sekitar 20 m...

Sambal ayam goreng Mamak Haji

Image
Aku tulis nie supaya lain kali nak masak, senang sikit, boleh terus rujuk di blog ni. Bahan ditumis: Bwg besar 3 biji -blend Halia sebesar ibu jari-blend Daun pandan 2 helai-potong kecil Buah pelaga 5 biji Kayu manis 2 ketul Bunga lawang 2 ketul Cengkih 5 biji Serai 3 btg-Diketuk Tumis semua bhn di atas, dah naik wangi, Baru tumis pula bwg besar, 2 sudu besar cili boh, 3 sudu besar tomato paste dan 1 bungkus rempah kari Babas, then masukkan 2 Sudu serbuk jintan yg kecil tu dan 3 sudu serbuk ketumbar. Then kacau lagi Psstu masukkan kicap pekat, gula 4 sudu, garam, last sekali 3 tangkai daun kari. Kalau tak suka daun kari, ganti jer dgn daun limau purut. Pastu gaul dgn ayam goreng. Siap....boleh ler tapau makan kat sekolah.  

Luqma Hakim jatuh kerusi masa makan di Ctr Point

Image
Alkisahnya si Luqman tiba-tiba terjatuh dari kerusi lalu menimpa atas keningnya masa kami sedang makan nasi ayam di Centre Point KK. Kami baru jer sampai KK dari Ranau. Apa lagi semua orang kalut dan terus berkejar ke Queen Elizabeth Hospital, masa tu dah nak masuk maghrib dah. Terpaksalah jamak taakhir. Nasib baik tak perlu dijahit, cuma digam sahaja. Keesokan paginya bandage di matanya dah tercabut dgn sendirinya. Hari niedah tak payah pakai bandage lagi, bengkak di kening semakin surut dah, alhamdulillah.

Luqman Hakim dgn mainannya

Image

Kak Long masuk asrama di SMK(A) Ranau

Image

Luqman Mock Birthday

Image
Saja jer nak rai Luqman